Pregnancy Numero Uno
Ohh..memang tak sangka in a million years yang diri ini akan bergelar menjadi ibu/mama/mummy/umi/mak..
Experience pregnancy memang sesuatu yang agak berbeza..setengah org kata its a beautiful experience..well, I wouldn’t call it beautiful.. tapi ia memang sesuatu pengalaman yang sgt berbeza..especially bila kita dapat rasa ada nyawa dalam diri kita..bergerak-gerak pulak tu..ohh..itulah definasi sebenar keajaiban agaknya..
My first pregnancy ni..is not without complications..bleeding 3 kali..tapi overall..syukur..selamat setakat ni..cuma sekarang I’m anemic..so kena jaga sikit..
Yang terkilan tu..bila Aries tiada..30 minggu carrying this angel..Aries tak dapat nak kongsi byk pengalaman indah..kali pertama angel gerak..scan buat pertama kali..scan buat kedua kali..3 d scan..semua aries tertinggal..
Pengalaman driving ke klinik sendirian 3 kali bila masa bleeding pun..menyebabkan rasa terkilan..aries kan duduk jauh..apalah yang mampu dibuatnya? itu memang saya mengerti, tapi rasa terkilan itu masih ada..
Pergi checkup dan berkali-kali dan hati agak terusik melihat isteri-isteri lain datang ditemani suami masing-masing..tapi apa saya sebagai manusia mampu lakukan selain tersenyum dan merasa gembira bagi pihak isteri-isteri kerana tuah mereka?
Mungkin itulah definasi ‘ujian’ dalam erti kata sebenar..dan kini saya boleh digelar bakal ibu yang tabah..berdikari..semua mampu dilakukan sendiri..
Seperti yang saya kata pada Am, Tuhan takkan menguji hambaNya dengan ujian kecuali ujian yang mampu HambaNya hadapi..dan mungkin nasihat itu patut saya patuhi sendiri..
Sekurang-kurangnya aries cuba pulang setiap minggu tak begitu?
Sekurang-kurangnya angel ini suatu yang dinanti kami berdua…
Sekurang-kurangnya saya masih ada sokongan ibubapa..
Sekurang-kurangnya saya masih ada kerjaya yang saya impikan..
Sekurang-kurangnya saya masih berpeluang pulang ke rumah yang indah dan bermain the sims 2 dengan penuh riang..
Sekurang-kurangnya diri ini masih mampu tersenyum dan ketawa bersama kawan-kawan yang walaupun tak ramai..tapi yang mana semuanya benar-benar mengambil berat..
Terima kasih Wahai Pencipta akan nikmat yang diberikan, terima kasih kepada semua untuk segalanya..
Dan terima kasih kepada aries tercinta kerana ‘mencuba’.